Kelas Nadi X Mahir - Pertanian Pintar Minggu 11
12 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 11 November 2025, seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Pertanian Pintar yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang.
Kelas minggu kesembilan ini memberi pengenalan mengenai PENGURUSAN LADANG DAN SISTEM SOKONGAN PERTANIAN. Dalam topik kali ini, peserta didedahkan dengan pengurusan dan sistem sokongan pertanian. Fungsi pengurusan adalah salah satu sistem efektif untuk memastikan tanaman atau ladang diurus dengan sistematik. Turut dikongsikan adalah impak perubahan cuaca yang boleh mempengaruhi produktiviti, kesan alam sekitar, serangga perosak, penyakit tumbuhan dan sumber air.
Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.
Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: