WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - WEBINAR PERCUMA! “Lutut Bengkak, Sakit Nak Solat – Apa Pilihan Selain Bedah?” | W073
13 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 Ogos 2025, iaitu pada hari Selasa, seorang peserta dari NADI Bengoh telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri. Webinar ini membincangkan masalah sakit lutut yang dihadapi oleh ramai golongan muda terutama warga emas.
Masalah sakit lutut boleh menjadi serius apabila tiada rawatan diambil. Malahan, ia juga boleh menganggu rutin seharian apabila tidak dapat bersolat, berjalan dengan betul dan lain-lain. Dalam webinar kali ini, penceramah Dr Mohd Shafiz Bin Mohd Zaini, Medical Director, WE-CARE CLINIC membincangkan menjelaskan faktor, penyebab serta rawatan untuk masalah sakit lutut selain pembedahan. Webinar ini sesuai untuk tontonan warga emas, penjaga, pesakit lutut, dan semua yang nak elak pembedahan tapi masih nak hidup aktif tanpa sakit.
Webinar ini disediakan secara atas talian melalui google meet. Peserta juga boleh menonton secara live di Youtube live, saluran Studio Sihat dan Facebook live: NADI Malaysia. Melalui webinar ini, kita dapat pelajari rawatan lain yang ditawarkan bagi pesakit yang takut menjalani pembedahan. Dan untuk sesetengah kes, kenapa pembedahan mungkin menjadi jalan terbaik untuk seseorang individu yang masih ingin hidup aktif tanpa rasa sakit yang berpanjangan.
Kami berharap agar peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri untuk kegunaan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: