WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Saya Tak Nak Label Anak Saya Autisme – Tapi Kenapa Diagnosis Itu Penting?
17 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Julai 2025, iaitu pada hari Rabu, seorang peserta dari NADI Bengoh telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri. Webinar ini membincangkan masalah anak autisme dan kerisauan ibubapa apabila anak dilabelkan sebagai autisme.
Ada yang takut anak 'dilabel', ada yang rasa diagnosis tu menakutkan. Tapi betul ke kita patut elak? Atau sebenarnya, diagnosis awal tu satu bentuk kasih sayang & persediaan? Webinar ini telah di kupas oleh penceramah professional iaitu Dr. Zasmani Shafiee, seorang Pakar Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja.
Webinar ini disediakan secara atas talian melalui google meet. Peserta juga boleh menonton secara live di Youtube live, saluran Studio Sihat dan Facebook live: NADI Malaysia. Melalui webinar ini, kita dapat pelajari diagnosis awal boleh membantu dan mengenalpasti samada anak tersebut autisme atau ADHD. Dan rawatan awal dapat diberikan dengan segera untuk membantu perkembangan otak mereka.
Kami berharap agar peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri untuk kegunaan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: