NADI X KESEDARAN - TAKLIMAT BULI SIBER DAN PEMBELIAN DALAM TALIAN
20 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 19 Ogos 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program NADI X AWARENESS, dibawah program NADI SAFE & SHIELD, Taklimat Buli Siber dan Pembelian Dalam Talian.
Taklimat ini dibahagikan kepada dua bahagian iatu NADI SAFE: Buli Siber. Taklimat ini telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang yang telah disertai oleh tiga orang murid dari SK Taba sait. Di hujung taklimat ini, kuiz turut disediakan untuk menguji pemahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari.
Taklimat kedua pula adalah NADI SHIELD: Pembelian Dalam Talian. Taklimat ini juga telah disertai oleh tiga orang peserta dan juga telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 5:00pm.
Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan mengenai bahaya Buli Siber dan kesedaran mengenainya. Manakala, Pembelian dalam Talian dikongsikan betapa bahayanya pembelian dalam talian apabila melibat website atau pautan yang tidak pasti. Kerana, pelbagai penipuan dalam talian boleh berlaku apabila mangsa tidak peka.
Daripada taklimat ini, kami berharap agar para peserta mendapat ilmu pengetahuan baru tentang dunia siber dan bahayanya yang boleh mengundang pelbagai jenayah siber yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: