Nadi X Awareness: Sheild – Taklimat Perisian Berbahaya
25 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada Khamis, 24 Julai 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah mengikuti Taklimat Perisian Berbahaya yang dijalankan secara dalam talian dan disertai oleh seorang peserta dari golongan orang dewasa. Taklimat itu berlansung selama satu jam iaitu dari pukul 4:00 petang sehingga 5:00 petang.
Kami petugas NADI amat menggalakkan penglibatan peserta dari komuniti setempat untuk menyertai program seperti ini kerana ianya dapat membantu meningkatkan kesedaran orang dewasa mengenai ancaman perisian berbahaya terutamanya seperti virus. Selain itu, ianya dapat mendidik para peserta tentang cara mengenali, mengelakkan dan menangani ancaman siber melalui perisian berbahaya contohnya seperti menjelaskan cara perisian berbahaya memasuki sistem seperti e-mel, pautan palsu dan muat turun yang tidak sah.
Dalam sesi taklimat ini juga, para peserta turut diberi panduan serta langkah-langkah pencegahan termasuklah:
• Penggunaan perisian antivirus yang sah
• Kemas kini sistem secara berkala &
• Berhati-hati semasa membuka lampiran e-mel atau klik pautan
Kami berharap agar apa yang para peserta pelajari semasa taklimat ini berlansung dapat dijadikan teladan dan contoh di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: