Nadi X Awareness: Safe – Taklimat Waspada Berita Palsu

25 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 24 Julai 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah mengikuti Taklimat Waspada Berita Palsu yang dijalankan secara dalam talian dan disertai oleh tiga orang peserta dalam lingkungan umur 7 tahun sehingga 12 tahun. Taklimat itu berlansung selama satu jam iaitu dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang.

Kami petugas NADI amat menggalakkan penglibatan peserta dari komuniti setempat untuk menyertai program seperti ini kerana ianya dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak tentang kewujudan berita palsu di media sosial dan internet. Selain itu, ianya juga dapat membantu mendidik kanak-kanak agar lebih berhati-hati semasa menerima dan menyebarkan maklumat pada masa akan datang.

Dalam sesi taklimat ini juga, para peserta turut diajar teknik mudah untuk mengenal berita palsu seperti berikut:
• Semak sumber berita
• Guna laman semakan fakta
• Bertanya kepada orang dewasa
Kami berharap agar apa yang para peserta pelajari semasa taklimat ini berlansung dapat dijadikan teladan dan contoh di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali