Nadi X Tiny Techies – Bengkel Unboxing Kit Iot Inovasi (Sekolah Menengah)
28 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada Ahad, 27 Julai 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Bengkel Unboxing Kit Tiny-Techies yang dijalankan secara dalam talian dan disertai oleh seorang peserta dalam lingkungan umur 13 tahun sehingga 17 tahun. Bengkel itu berlansung selama satu jam iaitu dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi.
Kami petugas NADI amat menggalakkan penglibatan peserta dari komuniti setempat untuk menyertai program seperti ini kerana ianya dapat membantu membei pendedahan awal kepada para pelajar mengenai teknologi Internet of Things (IoT) dan kepentingannya dalam dunia moden. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar tentang bagaimana peranti pintar berkomunikasi dan bertindak balas dalam persekitaran sebenar.
Kami berharap agar apa yang para peserta pelajari semasa taklimat ini berlansung dapat dijadikan teladan dan contoh di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: