Kelas Nadi X Mahir - Mahir Masak Minggu 2

31 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada hari Rabu, 30 Julai 2025, seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Masak yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.00 pagi.

Dalam kelas minggu kedua ini, topik yang dikongsikan adalah mengenai peralatan Mahir Masak yang telah disediakan di setiap NADI. Peralatan tersebut adalah seperti ketuhar, induction stovetop, pans, mixer dan peralatan-peralatan yang lain. Pengajar juga secara ringkas menerangkan kegunaan dan berkongsi cara menggunakan setiap peralatan baru di NADI. Tip-tips pengendalian makanan juga turut dikongsikan untuk memastikan peserta mengutamakan keselamatan dan kebersihan.

Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.

Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali