NADI X KESEDARAN - TAKLIMAT LAMAN WEB BERBAHAYA DAN PENYANTUNAN SIBER
19 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 18 November 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program NADI X AWARENESS, dibawah program NADI SAFE & SHIELD, Taklimat Laman Web Berbahaya dan Penyantunan Siber.
Taklimat ini dibahagikan kepada dua bahagian iatu NADI SAFE: Taklimat Laman Web Berbahaya. Taklimat ini telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang yang telah disertai oleh tiga orang murid dari SK Taba sait. Di hujung taklimat ini, kuiz turut disediakan untuk menguji pemahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari.
Taklimat kedua pula adalah NADI SHIELD: Taklimat Penyantunan Siber. Taklimat ini juga telah disertai oleh tiga orang peserta dan juga telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 5:00pm. Taklimat ini khusus untuk individu berusia 13 tahun dan ke atas. Sesi ini juga sesuai untuk ibubapa, guru dan warga emas.
Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan mengenai Laman web berbahaya dan kesedaran mengenainya. Manakala, Penyantunan Siber betapa bahaya media sosial sehingga mampu menipu dan mengumpan mangsanya. Terutama dalam era teknologi AI masa kini.
Daripada taklimat ini, kami berharap agar para peserta mendapat ilmu pengetahuan baru tentang dunia siber dan bahayanya yang boleh mengundang pelbagai jenayah siber yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: