NADI X KESEDARAN - TAKLIMAT PENYANTUNAN SIBER DAN PENIPUAN DALAM TALIAN
26 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 25 November 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program NADI X AWARENESS, dibawah program NADI SAFE & SHIELD, Taklimat Penyantunan Siber dan Penipuan Dalam Talian.
Taklimat ini dibahagikan kepada dua bahagian iatu NADI SAFE: Taklimat Penyantunan dalam Siber. Taklimat ini telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang yang telah disertai oleh tiga orang murid dari SK Taba sait. Di hujung taklimat ini, kuiz turut disediakan untuk menguji pemahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari.
Taklimat kedua pula adalah NADI SHIELD: Taklimat Penipuan dalam talian. Taklimat ini juga telah disertai oleh tiga orang peserta dan juga telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 5:00pm. Taklimat ini khusus untuk individu berusia 13 tahun dan ke atas. Sesi ini juga sesuai untuk ibubapa, guru dan warga emas.
Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan mengenai bahaya penyantunan siber yang melibatkan pengguna telefon pintar dan sosial media dalam kalangan anak muda, serta kesedaran mengenainya. Manakala, Penipuan dalam Talian pula sering melibatkan scammer dan direct link URL yang sering digunakan untuk memerangkap mangsa mereka. Terutama dalam era teknologi AI masa kini.
Daripada taklimat ini, kami berharap agar para peserta mendapat ilmu pengetahuan baru tentang dunia siber dan bahayanya yang boleh mengundang pelbagai jenayah siber yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: