KELAS NADI X MAHIR - PERTANIAN PINTAR MINGGU 13
26 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 25 November 2025, seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Pertanian Pintar yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang.
Kelas minggu kesembilan ini memberi pengenalan mengenai RANCANGAN PERNIAGAAN. Dalam topik kali ini, peserta didedahkan dengan pengertian RP. RP adalah dokumen yang disediakan oleh syarikat atau usahawan secara bertulis yang mengandungi maklumat/ keterangan berkenaan perniagaan/projek yang hendak dijalankan secara komprehensif dengan tujuan untuk mengurus dan mentadbir perniagaan secara cekap dan berkesan.
Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.
Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: