Kesejahteraan Kendiri - International Day of Older Persons - S067

7 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Oktober 2025 (Isnin), lima orang peserta dari NADI Bengoh telah menonton sebuah video pendek yang membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk memberi inspirasi.

Video ini ditonton melalui saluran YouTube Studio Sihat, dan memberikan penghargaan sempena Hari Antarabangsa Warga Emas yang diraikan di seluruh dunia. Video tersebut mengetengahkan bagaimana warga emas merupakan aset yang berharga — ramai antara mereka masih aktif bekerja, berniaga, berkongsi ilmu, serta membina komuniti berasaskan pengalaman hidup yang tidak ternilai. Usia bukan halangan untuk terus menyumbang, malah ia adalah masa untuk mereka terus menyinar.

Peluang pekerjaan yang fleksibel perlu disediakan untuk warga emas. Selain itu, mereka harus dilibatkan dalam membuat keputusan dalam keluarga dan komuniti. Ajar dan bimbing mereka menggunakan teknologi, bukan meninggalkan mereka dalam jurang digital. Sediakan juga ruang bagi penjagaan kesihatan mental dan fizikal. Yang paling penting, dengar dan hargai cerita serta nasihat mereka. Begitulah seharusnya kita menghargai dan meraikan Hari Antarabangsa Warga Emas.

Kami berharap agar para peserta memperoleh pengetahuan baharu melalui tontonan ini, yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan digunakan untuk masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali