WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Epilepsi Boleh Sembuh? Sampai Bila Perlu Makan Ubat? | W089
15 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Oktober 2025, iaitu pada hari Selasa, seorang peserta daripada NADI Bengoh telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri yang diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube Live: Studio Sihat dan Facebook Live: NADI Malaysia.
Webinar ini memberi pendedahan bahawa ramai yang masih keliru tentang penyakit epilepsi (sawan) — ada yang kata boleh sembuh, ada pula yang kata kena makan ubat seumur hidup. Jadi, mana satu yang betul?
Dalam sesi ini, Prof Emeritus Dato’ Dr Raymond Azman Ali, iaitu Profesor Perubatan & Pakar Perunding Neurologi, Hospital Al Sultan Abdullah UiTM, Puncak Alam, Selangor telah memberikan penjelasan mengenai penyakit ini. Sesi kali ini amat sesuai untuk pesakit epilepsi, penjaga, pelajar perubatan & sesiapa saja yang nak faham lebih mendalam tentang penyakit ini.
Diharapkan penyertaan dalam webinar ini dapat memberikan ilmu pengetahuan baharu serta meningkatkan kesedaran peserta mengenai pentingnya penjagaan kesihatan ibu hamil. Semoga manfaat yang diperoleh dapat diaplikasikan untuk kesejahteraan diri dan keluarga pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: