KELAS NADI X MAHIR - PERTANIAN PINTAR MINGGU 9
15 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 14 Oktober 2025, seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Pertanian Pintar yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang.
Kelas minggu kesembilan ini memberi pengenalan mengenai SERANGGA MAHLUK PEROSAK. Dalam topik kali ini, peserta didedahkan dengan serangga dan haiwan perosak yang memberi kesan buruk kepada tanaman kita. Turut dijelaskan adalah jenis-jenis penyakit dan kulat yang boleh dijangkiti oleh tanaman kalau penjagaan yang betul tidak diberikan. Pengajar bagi kelas ini juga memberi penjelasan bahawa terdapat juga serangga yang bukan perosak dan sangat berguna untuk tanaman. Jenis ini juga dikenali sebagai ‘Sahabat Peladang’ kerana mereka ini memakan serangga perosak lain seperti ulat. Peserta juga diberi penerangan tentang cara mengenali serangan serangga perosak berdasar keadaan pada daun tumbuhan.
Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.
Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: