NADI X KESEDARAN - TAKLIMAT LINDUNGI DATA PERIBADI DAN BULI SIBER
15 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 14 Oktober 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program NADI X KESEDARAN, dibawah program NADI SAFE & SHIELD, Taklimat Lindungi Data Peribadi dan Buli Siber.
Taklimat ini dibahagikan kepada dua bahagian iatu NADI SAFE: LINDUNGI DATA PERIBADI. Taklimat ini telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang yang telah disertai oleh tiga orang murid dari SK Taba sait. Di hujung taklimat ini, kuiz turut disediakan untuk menguji pemahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari.
Taklimat kedua pula adalah NADI SHIELD: BULI SIBER. Taklimat ini juga telah disertai oleh tiga orang peserta dan juga telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 5:00pm.
Daripada taklimat ini, kami berharap agar para peserta mendapat ilmu pengetahuan baru tentang dunia siber dan bahayanya yang boleh mengundang pelbagai jenayah siber yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: