KELAS NADI X MAHIR - MAHIR MASAK MINGGU 13
16 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Rabu, 15 Oktober 2025, dua orang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Masak yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.00 pagi.
Dalam kelas minggu ketiga belas ini, topik yang dikongsikan adalah mengenai cara Pengiraan Kos Produk Bagi Menentukan Harga Jualan. Contoh yang dikongsikan adalah Pengiraan kos jualan pizza, Kos bhn mentah, gaji, keuntungan, iklan perniagaan, overhead (bil elektrik) dan lain-lain.
Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.
Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: