Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai ke-2 Komuniti MADANI Sungai Du'uh dan Komuniti BRS

19 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2025 (Sabtu), NADI Bengoh telah menyertai Program JIWA@Komuniti MADANI: Sembang Santai Siri Ke-2 bersama Komuniti MADANI Kampung Sungai Du’uh dan Komuniti Bengoh Resettlement Scheme (BRS).

Program ini telah dianjurkan oleh Encik Moses Stephen, pegawai Jabatan Penerangan (JAPEN). Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Kampung Sg. Du’uh dan ahli jawatan kuasa dari komuniti penduduk BRS.

Objektif utama program ini adalah untuk mengedarkan bahan penerbitan dan risalah terbitan JAPEN, menyampaikan taklimat program oleh penyelaras, serta ucapan dan taklimat daripada Ketua Komuniti MADANI. Selain itu, satu taklimat khas mengenai Perlaksanaan Perkhidmatan Pintar (SSO) turut dikongsikan kepada komuniti setempat.

Program diteruskan dengan sesi Sembang Santai, iaitu sesi soal jawab dan perbincangan berkaitan isu-isu semasa di peringkat tempatan. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama pegawai JAPEN dan warga komuniti, serta jamuan minum petang.

Melalui penganjuran program sebegini, adalah diharapkan agar warga komuniti mendapat maklumat terkini mengenai inisiatif kerajaan yang bertujuan meringankan beban rakyat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali