WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Osteoartritis Bukan Masalah warga emas sahaja - Golongan muda pub boleh kena (W091)

22 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2025, iaitu pada hari Selasa, seorang peserta daripada NADI Bengoh telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri yang diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube Live: Studio Sihat dan Facebook Live: NADI Malaysia.

Webinar ini memberi pendedahan bahawa ramai ingat sakit sendi (osteoartritis) ni cuma orang tua je yang kena. Tapi tahu tak, sekarang orang muda pun dah ramai alami masalah sama!

Dalam sesi ini, Dr. Tan Yong Lin, Consultant Orthopedic Surgeon dari Sena Specialist Hospital Segamat akan memberikan perjelasan lebih lanjut tentang masalah sakit sendi dengan lebih terperinci. Beliau turut memberi nasihat tentang langkah-langkah serta gaya hidup yang harus ditukar apabila seseorang individu mula menunjukkan gejala sakit sendi lutut. Taklimat ini sesuai untuk semua — anak muda yang aktif bersukan, pekerja pejabat yang duduk lama, atau sesiapa yang nak elak sakit sendi sebelum terlambat!

Diharapkan penyertaan dalam webinar ini dapat memberikan ilmu pengetahuan baharu serta meningkatkan kesedaran peserta mengenai pentingnya menjaga tulang dan sendi sebelum terkena penyakit osteoartritis. Semoga manfaat yang diperoleh dapat diaplikasikan untuk kesejahteraan diri dan keluarga pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali