WEBINAR Pemasaran Digital Maxis Ekelas Usahawan - Sesi Oktober 2

24 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Oktober 2025 (Khamis), dua orang peserta daripada NADI Bengoh telah menyertai Webinar Maxis eKelas Usahawan yang dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Program ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan para usahawan kecil tentang strategi pemasaran digital dan penciptaan kandungan yang berkesan. Webinar ini dibahagikan kepada dua sesi berdasarkan modul yang disediakan seperti berikut:
Modul 3: AI untuk Cipta Kandungan
Sesi ketiga ini telah berlangsung dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Ia memberi penerangan tentang bagaimana teknologi AI dapat membantu dalam menjana kandungan dengan lebih cepat dan mudah, menggunakan alat automatik untuk meningkatkan produktiviti, serta memperkukuh penglibatan pelanggan tanpa tekanan.
Modul 4: Mengurus & Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital
Sesi keempat pula telah diadakan dari pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang. Modul ini memberi panduan kepada peserta mengenai cara mengurus kempen pemasaran dengan lebih cekap, memantau hasil dengan tepat, dan mengelakkan pembaziran kos. Antara topik yang dikongsikan termasuklah:

Diharapkan penyertaan dalam webinar ini dapat memberi manfaat kepada para peserta serta membantu meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka dalam bidang AI untuk Cipta Kandungan dan Mengurus dan Mengukur keberkesanan Pemasaran Digital. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali