WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Mental First Aid untuk Remaja: Apa Perlu Buat Dalam Krisis? | W083

24 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 September 2025, iaitu pada hari Selasa, dua orang peserta dari NADI Bengoh telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri. Webinar ini membincangkan masalah remaja hari ini makin terdedah dengan tekanan, stres, dan kadang-kadang krisis emosi yang kita tak sangka.

Webinar ini disediakan secara atas talian melalui google meet. Peserta juga boleh menonton secara live di Youtube live, saluran Studio Sihat dan Facebook live: NADI Malaysia. Penceramahan topik ini adalah, Dr Zasmani Shafiee (Psikiatris Kanak-Kanak & Remaja, Rosewood Mental Health Clinic, Shah Alam).

Melalui webinar ini, kita dapat pelajari Persoalannya — apa yang kita boleh buat sebagai ‘first aid’ untuk kesihatan mental remaja? Nak terus marah? Nak biar je? Atau ada cara lebih berkesan? Webinar kesejahteraan ini sesuai untuk ibu bapa, cikgu, kaunselor, & remaja sendiri — supaya kita lebih bersedia bila berdepan dengan situasi krisis.

Kami berharap agar peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri untuk kegunaan masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali