KELAS NADI X MAHIR - PERTANIAN PINTAR MINGGU 6

24 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 23 September 2025, seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Pertanian Pintar yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang.

Kelas minggu keenam ini memberi pengenalan mengenai Pemasangan Smart Watering Smart Device. Turut dikongsikan adalah langkah-langkah pemasangan peralatan tersebut satu persatu yang menggunakan tenaga solar. Turut dikongsikan adalah Aplikasi TUYA Smart yang harus dimuat turun ke dalam telefon pintar sebelum digunakan. Kegunaan aplikasi ini adalah untuk memudahkan para petani mengawal alat Smart Watering Device walaupun dari kawasan lain.

Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.

Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali