Program Nadipreneur & Empowerher Live Webinar Minggu 2 - Sesi Sept 2026
11 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2026, Khamis – Seramai dua orang peserta telah menyertai Webinar Ekspedisi Transformasi Usahawan yang berlangsung secara dalam talian pada 10 September 2026, jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Webinar ini merupakan salah satu inisiatif perkongsian ilmu praktikal dalam membantu usahawan meningkatkan sistem dan strategi perniagaan.
Seramai dua orang peserta telah mengikuti webinar berkenaan di NADI Bengoh, yang terdiri daripada seorang peserta wanita dan seorang peserta lelaki. Penyertaan ini memberi peluang kepada peserta untuk menimba pengetahuan berkaitan pengurusan dan pembangunan perniagaan secara lebih tersusun dan berkesan.
Webinar tersebut merangkumi empat modul utama, iaitu Business Model Canvas, strategi mengawal kos dan meningkatkan keuntungan, penghasilan poster pemasaran menggunakan ChatGPT, serta penyediaan checklist bagi operasi harian perniagaan. Modul-modul ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi praktikal yang boleh diaplikasikan dalam pengurusan perniagaan.
Secara keseluruhannya, penyertaan dalam webinar ini diharap dapat membantu peserta meningkatkan keyakinan, menyusun sistem perniagaan dengan lebih teratur serta mengaplikasikan strategi yang bersesuaian bagi meningkatkan keuntungan. Program seumpama ini turut menyokong usaha NADI dalam memperkasa komuniti melalui ilmu dan kemahiran digital yang bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: