Kelas Nadi X Mahir – Mahir Foto Minggu 1
13 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 12 Januari 2026, seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Foto yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang.
Dalam kelas mahir Foto minggu pertama ini, peserta diperkenalkan kepada tenaga pengajar iaitu, Cikgu Pena. Turut dikongsikan adalah latar belakang dan pengalaman beliau di dalam bidang fotografi dan seni reka. Seterusnya, peserta juga diberi penerangan tentang jadual kelas mahir dan kelas ganti atau rakaman sesi pembelajaran melalui sistem MTS yang boleh diakses oleh peserta sendiri melalui akaun yang telah didaftarkan oleh petugas NADI.
Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.
Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: