Program Tiny Techies - Robotic Innovation Siri 5 & Python In Animation Siri 5 - August 2026

16 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2026 (Sabtu), NADI Bengoh telah menerima penyertaan tiga orang peserta kanak-kanak daripada komuniti setempat dalam program Tiny Techies 2026 – Kelas Ogos Q3 (Atas Talian). Program pembelajaran teknologi ini memberi peluang kepada peserta untuk meneroka ilmu teknologi secara interaktif, mudah dan menyeronokkan melalui platform NADIBook.

Sesi pertama, Python in Animation S5, telah diikuti pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan kepada asas pengaturcaraan Python melalui penghasilan animasi yang menarik dan interaktif. Antara pembelajaran yang diketengahkan ialah konsep graviti pada karakter, limitasi arah dan pergerakan karakter serta permainan digital dua arah.

Seterusnya, peserta meneruskan pembelajaran dalam sesi Robotic Innovation S5: Sistem Penderia Kelembapan pada jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang penderia kelembapan tanah, cara memaparkan nilai pada skrin LCD serta sistem automasi berdasarkan tahap kelembapan tanah.

Penyertaan dalam kedua-dua sesi ini diharap dapat meningkatkan minat kanak-kanak terhadap pengaturcaraan, robotik dan teknologi serta menggalakkan mereka meneroka bidang STEM sejak usia muda. Secara keseluruhannya, program Tiny Techies 2026 memberi pendedahan teknologi yang bermanfaat kepada peserta kanak-kanak serta menggalakkan minat mereka terhadap pengaturcaraan, robotik dan bidang STEM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali