PROGRAM TINY TECHIES - ROBOTIC INNOVATION SIRI 4 & PYTHON IN ANIMATION SIRI 4 - JULY 2026

18 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Julai 2026 (Sabtu), NADI Bengoh telah berjaya menganjurkan Tiny Techies 2026 Kelas Julai Q3 (Atas Talian) melalui platform NADIBook yang melibatkan dua sesi pembelajaran teknologi, iaitu Python in Animation Siri 4 pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi dan Robotic Innovation Siri 4 pada jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini telah disertai oleh enam orang kanak-kanak tempatan yang menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang pengaturcaraan dan robotik.

Dalam sesi Python in Animation Siri 4, para peserta didedahkan kepada asas pengaturcaraan Python dengan menghasilkan animasi yang menarik dan interaktif. Seterusnya, menerusi Robotic Innovation Siri 4, peserta mempelajari konsep asas robotik dan inovasi melalui aktiviti hands-on menggunakan komponen elektronik. Kedua-dua kelas dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman serta memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dan mengemukakan soalan secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Penganjuran program ini berjaya meningkatkan pendedahan awal kanak-kanak terhadap kemahiran digital, pengaturcaraan dan teknologi robotik selaras dengan usaha NADI Bengoh dalam memperkasakan pendidikan STEM di peringkat komuniti. Diharapkan program seperti ini dapat terus memupuk minat generasi muda terhadap bidang teknologi dan inovasi serta melahirkan lebih ramai bakat yang berkemahiran dalam menghadapi cabaran era digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali