NADI X MAHIR – KELAS MAHIR MASAK MINGGU – 2 (SESI 1)

20 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Julai 2026 (Isnin), NADI Bengoh telah berjaya melaksanakan Kelas Mahir Masak Intake 4 (Minggu 2) dari pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang dengan penyertaan seorang peserta daripada komuniti tempatan. Sesi pembelajaran minggu ini memfokuskan kepada SOP & Format Tugasan, sebagai persediaan awal untuk memastikan peserta memahami prosedur kerja yang betul serta keperluan tugasan sepanjang program.

Sepanjang kelas, peserta didedahkan kepada kepentingan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP), termasuk aspek pemakaian dan persediaan diri seperti menjaga kebersihan diri, memakai apron, penutup kepala dan muka, kasut yang sesuai, serta tidak memakai aksesori semasa menyediakan makanan. Selain itu, peserta turut diperkenalkan kepada penggunaan mesin dan peralatan asas yang digunakan dalam Program Mahir Masak seperti oven, hand mixer, kettle, induction cooker, induction pan, baking pan, alat sukatan, sarung tangan, mixing bowl dan penimbang digital.

Program ini bertujuan membentuk peserta yang bukan sahaja mahir dalam penyediaan makanan, malah mengamalkan budaya kerja yang selamat, bersih dan profesional. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat menjadi asas yang kukuh kepada peserta untuk mengikuti modul-modul seterusnya serta meningkatkan keyakinan dalam bidang masakan dan penyediaan makanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali