WEBINAR Pemasaran Digital Maxis Ekelas Usahawan - Sesi April 2026
21 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 20 April 2026 (Isnin), – NADI Bengoh telah menyertai Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan secara dalam talian dengan penyertaan seorang peserta tempatan. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan digital dalam kalangan komuniti setempat.
Webinar ini berlangsung dalam dua sesi. Sesi pertama, Modul 1: Strategi Pemasaran Digital, diadakan pada 10.00 pagi hingga 11.00 pagi dan memberi pendedahan kepada teknik asas pemasaran digital untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan secara lebih berkesan.
Sesi kedua, Modul 2: Asas Komunikasi Visual, berlangsung pada 2.00 petang hingga 3.00 petang dan menekankan kepentingan elemen visual dalam penyampaian mesej pemasaran melalui reka bentuk yang menarik dan komunikasi yang jelas.
Kedua-dua sesi dijalankan secara langsung melalui platform Zoom secara percuma. Program ini diharap dapat memperkukuh kemahiran digital peserta serta meningkatkan daya saing dalam bidang keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: