WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Jaga Buah Pinggang Melalui Pemakanan (W165)

21 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2026 (Selasa), seorang peserta dari komuniti setempat telah menyertai Webinar NADI Kesejahteraan Kendiri: Jaga Buah Pinggang Melalui Pemakanan yang berlangsung secara dalam talian di NADI Bengoh bermula pada 10.30 pagi. Webinar ini telah disampaikan oleh Puan Safiah binti Tajuddin, Pegawai Dietetik dari Klinik Kesihatan Parit Bakar, dengan memberi pendedahan mengenai kepentingan pemakanan sihat dalam menjaga kesihatan buah pinggang.

Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada amalan pemakanan yang mesra buah pinggang, termasuk panduan pengambilan garam, protein dan air yang sesuai, makanan yang perlu dikawal, serta diet yang disarankan bagi individu yang menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi. Penceramah turut menjelaskan beberapa mitos berkaitan pemakanan pesakit buah pinggang bagi membantu peserta memperoleh pemahaman yang lebih tepat berasaskan fakta kesihatan.

Program ini berjaya meningkatkan kesedaran peserta tentang hubungan rapat antara tabiat pemakanan harian dan kesihatan buah pinggang. Melalui perkongsian yang jelas dan bermanfaat, peserta memperoleh pengetahuan praktikal yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian sebagai langkah pencegahan awal bagi mengekalkan fungsi buah pinggang yang sihat serta mengurangkan risiko penyakit kronik pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali