Kelas Nadi X Mahir – Mahir Foto Minggu 12

31 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 30 Mac 2026 – Seorang peserta tempatan telah menghadiri Kelas Mahir Foto Minggu ke-12 anjuran NADI Bengoh. Kelas bermula seperti biasa minggu ini selepas cuti bersempena dengan sambutan Hari Raya pada minggu 10 dan 11.

Kelas yang diadakan pada jam 3.00 petang hingga 4.30 petang ini memfokuskan kepada Modul 2: Videografi, dengan tajuk Pengenalan Videografi Menggunakan Smartphone. Sepanjang sesi tersebut, peserta didedahkan kepada asas penghasilan video menggunakan telefon pintar sebagai medium utama.

Antara pengisian kelas termasuk pengenalan kepada peralatan asas videografi yang mudah digunakan, teknik rakaman yang berkesan, serta cabaran yang sering dihadapi ketika menghasilkan video menggunakan smartphone. Selain itu, peserta turut diberikan pelbagai tips praktikal bagi meningkatkan kualiti rakaman video agar lebih menarik dan profesional.

Program ini diharapkan dapat membantu peserta menguasai kemahiran videografi secara asas, seterusnya membuka peluang untuk menghasilkan kandungan kreatif yang berkualiti menggunakan peranti sedia ada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali