WEBINAR Pemasaran Digital Maxis Ekelas Usahawan - Sesi March
31 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 30 March 2026, iaitu pada hari Isnin, – NADI Bengoh telah menyertai Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan secara dalam talian yang berjaya disertai oleh seorang peserta tempatan. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan digital dalam kalangan komuniti setempat.
Webinar ini berlangsung dalam dua sesi berasingan pada hari yang sama. Sesi pertama, Modul 1: Strategi Pemasaran Digital, telah diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada teknik dan strategi asas pemasaran digital bagi membantu mempromosikan produk atau perkhidmatan secara lebih berkesan di platform dalam talian.
Sesi kedua pula, Modul 2: Asas Komunikasi Visual, telah berlangsung pada jam 2.00 petang hingga 3.00 petang. Modul ini memberi penekanan kepada kepentingan elemen visual dalam penyampaian mesej pemasaran, termasuk penggunaan reka bentuk yang menarik dan komunikasi yang jelas untuk menarik perhatian pelanggan.
Kedua-dua sesi webinar ini dijalankan secara langsung melalui platform Zoom dan diberikan secara percuma kepada peserta. Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada peserta dalam memperkukuh kemahiran digital serta meningkatkan daya saing dalam bidang keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: