Nadi X Tiny Techies
8 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 07 March 2026 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai kelas webinar Tiny Techies yang bertajuk Python & SQL. Webinar tersebut telah dihadiri oleh tiga peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dari komuniti tempatan. Webinar tersebut telah berlansung selama 1 jam iaitu dari pukul 11:00 pagi hingga 12:00 tengahari.
Tujuan kelas Python dan SQL diadakan dalam kalangan pelajar sekolah menengah adalah untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran digital yang lebih mendalam dan relevan dengan dunia masa kini. Antara tujuan utamanya:
• Memberi pendedahan kepada pengaturcaraan sebenar
• Menguasai pengurusan data
Kami berharap agar apa yang dikongsikan semasa kelas sedang berlansung dapat dimanfaatkan oleh para peserta. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: