WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Saringan Kesihatan: Kenapa Check-Up Berkala Tu Penting? | W137
8 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 8 April 2026, iaitu hari Rabu, NADI Bengoh telah menyertai satu sesi webinar bertajuk “Saringan Kesihatan: Kenapa Check-Up Berkala Tu Penting?” pada jam 10.30 pagi secara dalam talian. Program ini telah disertai oleh seorang peserta tempatan yang berminat untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan diri.
Webinar ini disampaikan oleh Dr. Nursyafiqah binti Rosli, Pegawai Perubatan dari MRIC Healthcare, yang berkongsi kepentingan melakukan saringan kesihatan secara berkala. Beliau menekankan bahawa pemeriksaan awal mampu membantu mengesan penyakit pada peringkat awal, sekali gus meningkatkan peluang rawatan yang lebih berkesan.
Selain itu, peserta turut didedahkan dengan kepentingan menjaga kesejahteraan kendiri serta langkah proaktif dalam memantau tahap kesihatan bagi memastikan kualiti hidup yang lebih baik.
Program ini berjaya memberikan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan saringan kesihatan sebagai amalan penting dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: