WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - MLBB, Roblox, Genshin - Nak Level Up Dalam Game Atau Dalam Hidup (W114)
10 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 9 Januari 2026, iaitu pada hari Jumaat, seorang peserta daripada NADI Bengoh telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri yang diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube Live: Studio Sihat dan Facebook Live: NADI Malaysia.
Bersama penceramah kita kali ini iaitu, Cik Jasmine Hazel Mohd Nasir, seorang Neuroscience Coach. Webinar memberi penjelasan tentang apa yang berlaku dalam otak bila kita gaming, dan macam mana nak tukar skill dalam game jadi skill dalam kehidupan sebenar. Main game sampai naik level laju, tapi hidup rasa stuck kat level yang sama? Webinar ini sesuai untuk pelajar, ibu bapa, pendidik & gamers. Ajak kawan satu squad, satu family & satu group sekolah. Level up bukan sekadar dalam game — jom level up hidup sekali.
Diharapkan penyertaan dalam webinar ini dapat memberikan kesedaran tentang hidup juga seperti sebuah game yang memerlukan kita untuk level up. Semoga manfaat yang diperoleh dapat diaplikasikan untuk kesejahteraan diri dan keluarga pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: